comscore
Tumpuan :
Politik

PKR sokong penuh calon BN di PRK Nenggiri -Ramanan

Foto: NSTP

Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan 

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) komited turun padang menyokong dan membantu calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, yang akan diadakan bulan depan.

Perkara itu disuarakan Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk R.Ramanan yang menekankan komitmen parti koalisi itu terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Memang kita akan tolong kerjasama, itu without a doubt lah. Kita adalah partners, rakan kerja. Ini adalah kerajaan perpaduan, kita akan saling bantu satu sama lain.

“Mungkin adalah bertengkar sikit-sikit kadang-kadang, tapi itu biasa. Dalam keluarga pun ayah dan ibu yang cinta satu sama lain pun ada bertengkar sikit, tapi esok sayang balik.

“Jadi ia bukanlah satu isu, dimana-mana pun kita akan berdiri sebagai satu pasukan.” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Pembiayaan PENN di ibu pejabat Amanah Ikhtiar Malaysia, pagi tadi.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Amanah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang juga Pengerusi Kumpulan Media Prima; Datuk Seri Syed Hussian Aljunid dan Pengarah Urusan AIM Datuk Mohamed Shamir Abdul Aziz.

Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri bakal diadakan 17 Ogos depan.

Ia selepas Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri kosong selepas Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh BERSATU pada 13 Jun.

Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani diumumkan sebagai calon pada PRK itu.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini