Tumpuan :
Politik

Kongres Khas PKR: Pindaan perlembagaan parti diluluskan

FOTO: NSTP

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

SHAH ALAM: PKR hari ini meluluskan pindaan Perlembagaan parti itu dalam Kongres Khas parti berkenaan.

Setiausaha Agungnya, Fuziah Salleh berkata dua pertiga perwakilan bersetuju dan meluluskan semua pindaan perlembagaan parti yang telah diusul.

“Antaranya berjaya meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

“Pindaan perlembagaan ini turut melibatkan prinsip penetapan kuota gender dan etnik,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Fuziah berkata tarikh baharu bagi Kongres Nasional 2024 dan 2025 akan diumum setelah MPP membuat keputusan dalam mesyuarat terdekat.

Sementara itu Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata dalam pindaan Perlembagaan itu juga parti itu telah menambah ahli perwakilan bagi membolehkan mereka mengundi secara dalam talian selepas ini.

“Dia akan ada perwakilan yang akan hadir secara fizikal dan akan ada perwakilan yang akan undi di Cabang secara dalam talian,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini