Oleh: Selwam Arjunan
PERMATANG PAUH: Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, di sini memberi kelonggaran untuk membuka pintu pusat pengundian lebih awal bagi kemudahan pengundi melakukan semakan.
Pintu pusat pengundian dibuka kira-kira jam 7.30 pagi setelah melihat sebilangan pengundi, kebanyakannya pengundi warga emas menanti di luar pusat pengundi.
Susulan itu, mereka dibenarkan untuk menyemak saluran dan bilangan di pondok SPR dalam pusat pengundian serta beratur di luar bilik pengundian masing-masing.
Ia dilakukan bagi mengelakkan barisan panjang di luar pusat pengundian dan di pondok semakan SPR.
Pusat pengundian akan dibuka pada jam 8 pagi untuk proses pembuangan undi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan membuang undi di pusat pengundian ini kira-kira jam 10 pagi.