Tumpuan :
Politik

Pengundi Muda Kena Ambil Peluang Mengundi – Ku Li

Tengku Razaleigh Hamzah.

GUA MUSANG: Pengundi muda berusia 18 tahun yang bakal mengundi buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diminta menggunakan peluang ini untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Penyandang kerusi Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata ini peluang pengundi muda memilih kerajaan yang terbaik mengikut perspektif mereka.

Foto hiasan pengundi muda.

“Saya harap ramai anak muda mengambil peluang keluar mengundi beramai-ramai nak tukar atau mencorakkan semula pentadbiran negara.

“Kalau kita nak kepada mereka yang kita rasa yakin memberi pemerintahan yang baik, jadi saya harap janganlah kita boikot atau pulau peluang yang terbuka ini,” kata veteran politik itu dalam video menerusi Facebook hari ini.

Tengku Razaleigh turut memberi galakan kepada belia supaya bebas memilih calon yang mereka rasa layak untuk memikul amanah diberi.

“Guna kesempatan ini (PRU-15), kalau kita tak suka kepada seseorang tak perlu undi dia. Cari dan pilih yang lain tetapi jangan sia-siakan peluang ini yang sudah diberi kepada kita, … gunakan kesempatan ini sebaik mungkin,” katanya.

Loading...
Terkini