KUALA LUMPUR: UMNO akan tetap meneruskan usaha mendapatkan pembelaan terhadap bekas presiden parti Datuk Seri Najib Razak, sesuai dengan laras undang-undang negara.
Ketetapan itu dicapai pada Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung di Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia di sini, hari ini.
Kenyataan yang menyusul selepas menyuarat khas itu turut memaklumkan, parti itu menghormati keputusan dan hak mutlak Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung keputusan Lembaga Pengampunan.
“Sementara kita mendukung Perlembagaan Persekutuan, UMNO terkesan dan bersedih dengan keputusan tersebut.
“UMNO akan tetap meneruskan usaha-usaha mendapatkan pembelaan terhadap bekas Presiden parti sesuai dengan laras undang-undang negara di samping berpegang kepada keputusan Perhimpunan Agung UMNO yang mahukan usaha pembelaan Datuk Seri Najib diteruskan.
“UMNO ingin menegaskan, pembelaan terhadap Datuk Seri Najib dibuat kerana merasakan beliau tidak mendapat keadilan seawal proses perbicaraan.
“Sehubungan itu, UMNO berharap atas prinsip keadilan, Perdana Menteri akan sama-sama menjunjung semangat ini.” menurut kenyataan itu.
Terdahulu, mesyuarat khas MKT yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berlangsung lebih tiga jam.
Antara yang dilihat hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Turut hadir, ahli MKT, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Jangan terlanjur komen di media sosial, hormati keputusan Lembaga Pengampunan – Fahmi
- Mesyuarat Khas MKT UMNO sedang berlangsung
- Keputusan Lembaga Pengampunan kolektif, gesaan MUDA tak matang – Zaliha
- Mesyuarat khas MKT Umno esok bincang pengurangan hukuman Najib
- Kerajaan hormati keputusan, Najib masih boleh kemuka pengampunan seterusnya – PM
- Hukuman penjara Najib dipendekkan enam tahun, denda dikurang kepada RM50 juta
- PM bayangkan kemungkinan keputusan pengampunan Najib diketahui hari ini
- Pengampunan Najib: Sudah ada keputusan – PM
- Jangan buat kesimpulan, tunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan – Fahmi
- Kes Najib: Tunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan
- Keputusan pengampunan Najib dijangka diumum minggu ini – Dr Zaliha