comscore
Tumpuan :
Politik

Pencalonan Ku Li bukan satu kemegahan

GUA MUSANG : Memegang rekod paling lama berkhidmat sebagai ahli parlimen selama 12 penggal dan menjadi calon Parlimen Gua Musang pada Pilihan Raya ke 15 PRU-15 bukanlah satu kemegahan buat Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

Sebaliknya penyandang Parlimen Gua Musang itu berkata, keputusan itu membuktikan rakyat di daerah ini masih memerlukan kepemimpinan beliau untuk penggal seterusnya.

Tengku Razaleigh berkata, dia menerima keputusan yang dibuat Majlis Tertinggi UMNO untuk terus menerajui Parlimen Gua Musang.

“Yalah saya yang lama dalam rekod, tapi bukanlah kemegahan, cuma membayangkan rakyat di sini masih perlu kepada saya. Saya dikehendaki bertanding semula, terutama Orang Asli, berkali-kali datang minta saya supaya jangan tarik diri jika ditawar untuk bertanding.

“Saya sendiri dah lama sangat dan patut beri jalan ke orang lain. Barangkali ini adalah usaha yang terakhir saya,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Kejohonan Bola Jaring Piala Kuli, di sini, hari ini.

Tambahnya, beliau tidak menafikan wujud pelapis dalam kalangan pemimpin di daerah ini.

Katanya, beliau menasihatkan pemimpin akan datang untuk mengutamakan kestabilan dan kebajikan rakyat di negeri ini.

“Mesti ada (pelapis). Kita tak mahu saya berundur dalam keadaan kucar kacir.

“Kita mahu teruskan kestabilan dan saya nak ingatkan orang yang ada di Gua Musang ini, mereka kena utamakan kepentingan rakyat daripada segalanya,” katanya.

Loading...
Terkini