comscore
Tumpuan :
Politik

Pemimpin UMNO tiba di ibu pejabat

Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bersama Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar (kiri) dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Adnan Seman (dua dari kiri) di Menara Dato Onn, hari ini.

KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) tiba di ibu pejabat UMNO di Menara Dato Onn, di sini, sejak jam 2 petang tadi.

Antara yang memasuki bangunan berkenaan ialah Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar yang tiba pada jam 3.37 petang serta Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, yang tiba beberapa minit kemudian.

Terdahulu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang disebut-sebut sebagai calon kerusi Parlimen Titiwangsa dan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar tiba pada jam 2 petang, namun keluar setengah jam kemudian.

Kehadiran Noh menimbulkan tanda tanya kerana sebelum ini terdapat khabar angin yang mengatakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu digugurkan daripada menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengumumkan nama calon bagi kerusi Parlimen pada jam 8.45 malam ini. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini