comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemilihan UMNO 2023: Jawatan Ketua Bahagian Johor Bahru jadi tumpuan

JOHOR BAHRU: Jawatan ketua bahagian menjadi tumpuan dalam Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru yang berlangsung di Hotel Paragon, di sini.

Selepas empat dekad menerajui UMNO bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad mengakui sudah tiba masanya kepimpinan bahagian itu diterajui muka baharu.

“Saya rasa sudah cukup masa untuk saya menarik diri dan beri peluang kepada yang lain saya pun dah patut pencen…rakan dan segenerasi banyak dah tiada dalam UMNO.

“Tak adil jika saya tidak sama-sama membenarkan UMNO punya nafas baharu, cara kepimpinan yang lebih mantap dan lebih bersesuaian dengan rakyat,” katanya.

Jawatan Ketua Bahagian menyaksikan pertandingan dua penjuru antara bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar dengan Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah.

Hanya jawatan Ketua Puteri menang tanpa bertanding apabila Marliana Abdul Hamid tidak dicabar oleh calon lain.

Jawatan Ketua Wanita ditandingi oleh Sa’adiah Hussin dan Norlela Husin, manakala jawatan Ketua Pemuda juga pertandingan dua penjuru antara Muhammad Farid Mohd Firuz dan Mohamad Isamuddin Isa.

Loading...
Terkini