Tumpuan :
Politik

Pemilihan pengerusi PH Sabah belum selesai

Setiausaha MPN Keadilan Sabah, Sazalye Donol bercakap dengan media sejurus keluar dari kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya selepas MPN Sabah mengadakan perjumpaan bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor. – Foto NSTP

KOTA KINABALU: Setiausaha Majlis Kepimpinan Negeri (MPN) Keadilan Sabah, Sazalye Donol memaklumkan isu pemilihan pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah masih belum menemui penyelesaian.

“Saya terus-terang ia akan diputuskan oleh Pengerusi PH pada mesyuarat peringkat Pusat.

“Saya nampak Datuk Ewon mahu bercakap….Christina pun bercakap. Sebenarnya benda ini akan diputuskan oleh Pengerusi PH.

“Bagaimanapun, kebiasaan sejak dulu tiada pemilihan. Di Sabah kuotanya adalah PKR. Itu yang penting,” katanya.

Sazalye berkata demikian ketika ditemui media sejurus keluar dari kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya malam ini.

Diminta mengulas lanjut mengenai kenyataan Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe yang mengatakan tiada kuota tertentu bagi pelantikan jawatan PH Sabah, Sazalye berkata, perkara itu tidak benar.

“Itu dia cakap…kalau undi sebenarnya kamu kena faham, setiap parti enam orang saja.

“UPKO enam orang. Sedangkan yang ramai ahli di Sabah adalah PKR.

“Jadi kalau undi di Sabah sepatutnya dibuka kepada semua ahli,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini