KUALA LUMPUR : Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid meminta supaya Datuk Seri Najib Tun Razak diberi keadilan sewajarnya.
“Kita berikan semangat walaupun beliau (Najib) tidak berada bersama kita cara fizikal, jiwa dan roh beliau tetap bersama kita. Semangat beliau tetap bersama kita. Kita berikan laungan bersemangat untuk beliau.
“Kita mahukan keadilan untuk Datuk Seri Najib Razak. Kita mahu keadilan kepada beliau sebagai seorang manusia,” tegas Ahmad Zahid.
Menurut Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, walaupun Najib berada di dalam penjara, bekas Presiden UMNO itu berdoa dan berharap agar Kerajaan Perpaduan dapat merampas negeri yang dikuasai pembangkang.
Turut disiarkan rakaman video anak Najib iaitu Datuk Mohd Nizar bahawa bapanya menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.