KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan tidak menolak idea pembentukan kerajaan campuran antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).
Saravanan berkata, pembentukan kerajaan campuran antara BN dan PH itu boleh diterima bagi kestabilan pentadbiran.
Menurut beliau, pihaknya menghadiri pertemuan di Hotel Seri Pacific selepas menerima jemputan daripada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Kita di sini untuk melihat pihak mana yang akan disokong (bagi pembentukan kerajaan Persekutuan..
“Pertemuan ini bagi membincangkan pihak mana yang akan membentuk kerajaan untuk kerajaan yang stabil,” katanya kepada pemberita – BERITA HARIAN