KUALA TERENGGANU: Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.
Keputusan dibuat Hakim Datuk Seri Mohd Firruz Jaffril selepas pihak pempestiyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU-15.
Pada PRU-15, Amzad (PAS) memperoleh majoriti 40,907 undi apabila menewaskan tiga calon lain, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dari Pakatan Harapan; Mohd Zuber Embong dari Barisan Nasional; dan Mohamad Abu Bakar Muda dari Pejuang.
@buletintv3 Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam PRU-15 lalu. #beritaditiktok #buletintv3 #pas #pru15
Bagaimanapun, pada 3 Januari lalu, UMNO Terengganu memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi di sini, untuk membatalkan keputusan PRU-15 bagi Parlimen Kuala Terengganu itu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dilapor berkata petisyen difailkan antara lain atas dakwaan PAS menyogok pengundi dengan mengagihkan wang bantuan diberikan kerajaan negeri pada 15 hingga 17 November lepas, iaitu beberapa hari sebelum PRU-15, melalui program i-Pencen, i-Belia dan i-Siswa.