![](https://media.buletintv3.my/2022/10/tTfFJXVD-pp-cms-14-1024x538.jpg)
JOHOR BAHRU : Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dilantik sebagai Pengarah Operasi Barisan Nasional (BN) negeri bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Onn Hafiz menerusi akaun Facebooknya hari ini menzahirkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di atas kepercayaan yang diberikan bagi menggalas tugas berkenaan.
“Saya telah menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang tertumpu kepada gerak kerja PRU-15. Terima Kasih atas kepercayaan Yang Berhormat Presiden yang telah melantik saya sebagai Pengarah Operasi BN Johor bagi PRU ini.
“Insya-Allah, saya akan berusaha sebaik mungkin untuk membantu Pengerusi dan Pengarah PRU BN Johor, Datuk Hasni Mohammad. Semoga kemenangan berada di pihak kita. Aamin, ” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini. – BERNAMA