Oleh Juliana Sharin
KUALA LUMPUR: Tan Sri Noh Omar secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Tegas beliau, bukan sahaja Presiden tidak percaya padanya malah beliau juga sudah tidak percaya dengan kepimpinan Datuk Seri Zahid.
Tan Sri Noh Omar umum letak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.
Keputusan dibuat kerana hilang kepercayaan terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau turut mendesak Datuk Seri Zahid meletak jawatan.@BuletinTV3 pic.twitter.com/IJsMwEWk6V
— Juliana Sharin (@julianaNewsMPB) November 20, 2022
“Saya pun tadi minta jika Presiden berjiwa besar dia patut letak jawatan seperti mana Datuk Seri Najib bila kalah, dia dipaksa meletak jawatan. Biarlah orang baharu yang menguruskan UMNO,” katanya di Menara Dato’ Onn.
Beliau bagaimanapun mengesahkan masih Ahli Majlis Tertinggi (MKT) dan akan hadir ke mesyuarat yang diadakan, namun tidak akan menghadiri Mesyuarat Biro Politik.