comscore
Tumpuan :
Politik

Nikmati gerak kerja PRN seperti di bilik darjah – Ketua Puteri UMNO

Oleh Ifara Wahid

KUALA LUMPUR: Puteri UMNO meminta ahlinya memulakan gerak kerja bagi pilihan raya negeri (PRN) di enam buah negeri nanti seperti proses di bilik darjah.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata, semua ahli Puteri UMNO perlu membuat kerja mereka dengan baik dan tidak menimbulkan pergaduhan sesama mereka.

“Paling penting saya nak ingatkan, nikmatilah proses bekerja sewaktu PRN nanti seperti di bilik darjah untuk kita belajar dengan kawan-kawan lain,” katanya.

Bercakap di Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO di ibu negara hari ini beliau berkata fokus juga perlu diberikan bagi mendekati anak muda dan pengundi kali pertama terutamanya dengan menggunakan platform media sosial.

“Biro media sosial pergerakan Puteri UMNO turut mengambil inisiatif dengan meningkatkan kekerapan isi kandungan (content) di media sosial dan menyediakan ruang berinteraksi secara terus dengan orang ramai,” tambahnya.

Datuk Nurul Amal berkata Puteri UMNO hendaklah fokus kepada 3P (Perpaduan. Perhebat, Perkemas) sebagai hala tuju dan 3S (Santun, Selaras, Sebar) sebagai gerak kerja.

“Jangan mudah hilang fokus dengan isu atau perkara yang remeh-temeh dan usahakan untuk tarik golongan muda bersama kita kerana Puteri UMNO memerlukan barisan pelapis yang subur dengan idea baru,” ujarnya.

Loading...
Terkini