Tumpuan :
Politik

MUDA muktamad kerjasama PH, sokong Anwar Ibrahim calon PM

Timbalan Presiden MUDA, Amira Aisya Abd Aziz.

PETALING JAYA: Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) sudah memuktamadkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Timbalan Presidennya, Amira Aisya Abd Aziz, berkata pakatan pilihan raya itu dimuktamadkan petang tadi berlandaskan tiga perkara termasuklah menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

“Pertama, MUDA sebagai pakatan pilihan raya dengan PH sebulat suara menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

“Kedua, dipersetujui untuk memenangi PRU15 kita akan pastikan tidak ada pertembungan langsung dengan PH dan ketiga dipersetujui MUDA ada fleksibiliti untuk menggunakan logo MUDA dalam PRU15,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman calon MUDA di sini, hari ini. -BERITA HARIAN

Loading...
Terkini