Tumpuan :
Politik

MUDA bertanding kerusi Parlimen di Selangor, Johor dan Pulau Pinang

Pengumuman calon MUDA di Ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya malam ini.

PETALING JAYA: Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengumumkan calon parti itu akan bertanding di tiga kerusi Parlimen di Pulau Pinang, Selangor dan Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Tiga calon itu adalah Daniel Abdul Majid yang akan bertanding di Parlimen Kepala Batas, Siti Rahayu Baharin (Tanjung Karang) dan Lim Wei Jiet (Tanjung Piai).

Semua calon berkenaan diumumkan oleh Timbalan Presiden yang juga Pengarah Pilihan Raya MUDA, Amira Aisya Abd Aziz.

Amira Aisya berkata, ada beberapa lagi kerusi yang akan ditandingi parti itu pada PRU15 dan pengumuman terbabit akan dibuat dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman calon MUDA malam ini.

Loading...
Terkini