comscore
Tumpuan :
Politik

MoU peruntukan pembangkang: Kerajaan masih terbuka kepada rundingan – Zahid

Oleh: Syafiqah Damanhuri

SHAH ALAM: Kerajaan masih bersedia menjalankan rundingan mengenai draf perjanjian persefahaman (MoU) walaupun ditolak Perikatan Nasional, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Itu terpulang kepada mereka, kerajaan telah mengemukakan draf itu, kalau mereka mahu menerima, terimalah tanpa syarat atau boleh diadakan perincian dari perundingan.

“Kalau tidak terima, kita lupakan sahaja.” ujarnya ketika diminta mengulas perkara berkenaan.

Tambahnya, kerajaan tidak bermasalah menerima sebarang keputusan PN namun blok pembangkang juga perlu akur dengan hak kerajaan mencadangkan syarat dan peruntukan dalam draf mou itu.

“Jika mereka setuju atau sebaliknya, itu terserah kepada pemimpin-pemimpin mereka telah berbincang dengan Ahli Parlimen yang berada di bawah mereka.

“Tentunya syarat-syarat dan juga beberapa butiran dalam draft MoU iaitu apa difikirkan oleh Kerajaan Perpaduan atau MADANI kerana kita mempunyai suara lebih 2/3.

“Perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) sebelum ini yang diberikan kepada pembangkang ketika PM ke 9 ada berbeza kerana ianya memerlukan sokongan untuk meluluskan ucapan dan peruntukan belanjawan.

“Tapi pada kali ini dengan adanya 153 sokongan ahli parlimen. CSA tidak diperlukan.” Jelasnya.

Datuk Seri Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Perhimpunan Agung MIC di sini.

Menurut Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, draf MoU itu dibuat oleh Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Pengerusi Jawatankuasa dan serahkan kepada pembangkang dan terserah kepada mereka nak bersetuju atau sebaliknya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini