comscore
Tumpuan :
Politik

Mesyuarat Khas MKT UMNO sedang berlangsung

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam memaklumkan mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijangka membincangkan perkembangan politik semasa.

KUALA LUMPUR: Satu mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO diadakan bermula jam 11.00 pagi tadi.

Antara yang dilihat hadir, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Ahli MKT, Datuk Seri Ahmad Maslan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad turut kelihatan.

Mesyuarat yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu membincangkan perkembangan politik semasa.

Beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam memaklumkan, ia bersangkutan dengan pengumuman pengurangan tempoh hukuman dan denda yang dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh Lembaga Pengampunan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini