comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] MCA kata “Tidak” kepada PN

 

ALOR SETAR: NO! itu jawapan ringkas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengenai cadangan supaya parti itu meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan menyertai Perikatan Nasional (PN).

Kenyataan itu jelas menunjukkan MCA akan terus kekal bersama BN, walaupun PN menawarkan parti itu kerusi untuk bertanding di enam negeri yang bakal mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Dalam status yang tertera tulisan ‘NO” di laman sosial Facebooknya itu, Ka Siong yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam turut memuat naik tangkap layar laporan berita tawaran dibuat Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menteri Besar Kedah itu, ketika siaran langsung Sesi Khas Bersama Sanusi, mencadangkan MCA dan MIC keluar daripada BN selepas tidak mendapat kerusi untuk bertanding pada PRN akan datang.

Beliau berkata, kedua-dua parti itu dicadangkan menyertai PN yang dilihat mampu menawarkan tempat untuk calon MCA dan MIC bertanding di kerusi campuran pada PRN.

Katanya juga, tindakan MCA dan MIC yang mengumumkan tidak akan bertanding pada PRN kali ini, adalah dilihat sebagai suatu bantahan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi BN.

Loading...
Terkini