comscore
Tumpuan :
Politik

MB Perlis Mohon Menghadap Raja Perlis Berhubung Pembubaran Dun

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man.

KANGAR: Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man telah mengemukakan permohonan untuk menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bagi mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis.

“Tarikh bagi mengadap Raja Perlis merupakan hak mutlak baginda. Kita tunggu dan dengar apa titah tuanku (Raja Perlis) nanti berhubung pembubaran DUN Perlis,” katanya kepada pemberita selepas persidangan DUN Perlis di Kompleks DUN di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 berkuat kuasa 10 Oktober untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Susulan pembubaran Parlimen ke-14, Perdana Menteri turut mengesyorkan ketua kerajaan negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor agar mendapatkan perkenan Sultan serta Yang Dipertua Negeri untuk membubarkan DUN masing-masing bagi membolehkan pilihan raya negeri dan parlimen diadakan serentak.

Azlan yang juga Pengerusi BN Perlis berkata BN telah bersiap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri yang bakal dilakukan bersama PRU15. – BERNAMA

Loading...
Terkini