Tumpuan :
Politik

MB Perak Menghadap Sultan Nazrin Mohon Perkenan Bubar DUN

Foto: NSTP.

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad tiba di Istana Kinta di sini bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada jam 2.08 petang tadi.

Ketibaan Saarani yang menaiki kereta warna hitam disambut kira-kira 40 pengamal media yang berkampung di hadapan pintu utama Istana Kinta seawal jam 1.00 tengah hari tadi.

Ketibaan konvoi tiga kenderaan membawa Saarani sebelum itu didahului ketibaan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Azmir Shah Zainal Abidin dengan luar perkarangan istana turut dikawal polis.

Sesi Saarani menghadap Sultan Nazrin hari ini adalah bagi memohon perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sekali gus memberi laluan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN). – Harian Metro

Loading...
Terkini