KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dijadual ke Balairong Seri Istana Syarqiyyah di sini jam 2.30 petang nanti bagi istiadat pelantikan Menteri Besar.
Bagaimanapun hingga setakat ini tiada nama pemimpin yang akan dilantik ke jawatan itu didedahkan kepada umum.
Artikel berkaitan: Siapa MB Terengganu?
Jawatan itu ketika ini masih dipangku oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selaku penyandang.
Ahmad Samsuri, 52, yang juga Naib Presiden PAS mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang apabila memperoleh 20,926 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Suhaimi Sulaiman dengan majoriti 17,295 undi dalam pilihan raya negeri (PRN) pada Sabtu lalu.
Ia sekali gus membantu Perikatan Nasional (PN) Terengganu mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri selepas menyapu bersih kesemua 32 kerusi DUN.
Mengikut laporan, Sultan Mizan telah berkenan menerima senarai nama calon Menteri Besar yang dipersembahkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Husain Awang semalam.