Tumpuan :
Politik

Mainan naratif 3R dalam kempen PRN perlu dihindari

Oleh: Juliana Sharin

PETALING JAYA: Dalam kehangatan bahang enam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi, peringatan amanat institusi DiRaja buat parti politik atau calon jangan mainkan isu agama dan kaum bagi meraih undi perlu dipatuhi.

Ia susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor semalam, yang menghangatkan lagi politik tanah air dengan PRN yang bakal dijalankan di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Bagi Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommudin Bakar, beliau menegaskan ia sebenarnya adalah satu peringatan yang diamanatkan oleh Sultan Selangor untuk semua pihak patuhi dan akur.

“Sekiranya semua pihak akur dan patuh pada titah Sultan Selangor mahupun Majlis Raja Raja yang ingin pastikan isu yang berkait soal kaum dan agama ini perlu dielakkan.

“Ia adalah satu langkah yang baik yang perlu hadir melalui kesedaran parti politik, calon dan juga penyokong masing-masing ketika fasa berkempen,” menurutnya lagi.

Beliau juga berpandangan bahawa pihak berkuasa berdepan misi sukar bagi memastikan, isu agama dan kaum tidak dipolitikkan berdasarkan trend PRU dan PRN sebelum ini.

“Menjadi tugas sukar kepada SPR dan juga badan berwajib seperti PDRM dan MCMC untuk memantau serta memastikan kempen yang berbau hasutan serta elemen negatif.” katanya lagi.

Ia berikutan sejak kebelakangan ini, naratif pelbagai pihak antaranya Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang lantang membuat pelbagai dakwaan melaga-lagakan isu terutamanya hak melayu bumiputera.

Ia sekaligus mengundang respon tegas daripada pimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan, antaranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyangkal dakwaan berkenaan.

Loading...
Terkini