comscore
Tumpuan :
Politik

Mahu bagi laluan kepada AMK punca calon Kota Damansara ditukar – Anwar

Foto : NSTP

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan pertukaran calon bagi Kota Damansara bertujuan untuk memberi ruang kepada wakil Angkatan Muda Keadilan (AMK) bertanding di Selangor.

Tegasnya keputusan itu dibuat selepas melalui proses yang sepatutnya, bukan keputusan beliau berseorangan.

Jelas Anwar, selepas diteliti senarai calon di Selangor, didapati tiada calon dalam kalangan pemimpin AMK sebab itu ditukar di saat akhir.

“Di Selangor ini calon mewakili AMK tidak ada. Ketua AMK tidak diberi tempat, jadi saya fikir pertukaran saat akhir kawasan yang sesuai adalah Kota Damansara.

“Ini kerana dalam banyak-banyak kawasan, inilah tempat orang yang setia dan mudah terima calon.

“Kalau saya tidak yakin calon itu baik, mampu bekerja dan berkhidmat denganprinsip perjuangan kita berteraskan reformasi, kita tidak akan pilih,” katanya dalam ceramah arus Merah Kuning di sini, malam tadi.

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara adalah antara tiga kerusi yang melalui proses pertukaran saat akhir.

Pada awalnya, Anwar umumkan Aidi Amin Yazid sebagai calon tetapi sehari sebelum penamaan calon digantikan dengan Ketua AMK Selangor Muhammad Izuan Ahmad Kasim.

Muhammad Izuan juga adalah Timbalan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) yang lantang dalam berjuang isu-isu kepentingan umum.

DUN Kota Damansara sebelum ini diwakili Shatiri Mansor dari PKR.Pada PRU14, Shatiri memperoleh majoriti 15,703 undi menewaskan pencabar Halimaton Saadiah Bohan (BN), Siti Rohaya Ahad (PAS) dan A Sivarajan (Parti Sosialis Malaysia).

Loading...
Terkini