Tumpuan :
Nasional

Lagi kelibat Sanusi tidak kelihatan dalam ceramah 

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor

SUNGAI PETANI: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi tidak kelihatan dalam ceramah dijadualkan kali ini membabitkan Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) Bersama Menteri Besar di Padang Awam Taman Ria di sini, malam tadi.

Berdasarkan poster yang dikongsi di Facebooknya, beliau sepatutnya menyampaikan ceramah dan berkempen bersama Pengerusi PN Merbok yang juga Ahli Parlimen Merbok, Mohd Nazri Abu Hassan dan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden.

Afnan Hamimi yang mengumumkan ketiadaan Menteri Besar pada program itu menjelaskan, Muhammad Sanusi tidak dapat hadir kerana dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian.

“Saya nak baca kertas ini yang tulis berita menyedihkan. Pagi tadi Menteri Besar mesyuarat di Kuala Lumpur, mesyuarat penting. Pada mesyuarat itu, dibincang beberapa perkara penting, perkara besar.

Kelmarin, Muhammad Sanusi turut tidak hadir program Sembang Santai Bersama Panglima Perang PN di Padang Awam Taman Serai Wangi, Padang Serai yang bermula jam 5 petang.

Kegagalan beliau hadir pada program itu mencetuskan khabar angin mengatakan Ketua Pengarah PN yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri itu ditahan pihak berkuasa susulan siasatan kes kecurian unsur nadir bumi.

Bagaimanapun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan tindakan itu dilakukan Bukit Aman, peringkat Kontinjen Kedah atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Kedah seperti dilaporkan sebuah media tempatan.

Mengulas hal demikian, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kemungkinan Muhammad Sanusi ditahan dalam tempoh terdekat ini.

Loading...
Terkini