Tumpuan :
Politik

PRN 2023: “Kita optimis menang majoriti kerusi DUN Selangor” – Amirudin

Foto: NSTP

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

SELAYANG: Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) optimis menubuhkan kerajaan negeri selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau yakin gabungan itu dapat memenangi dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN kali ini.

Ujarnya kempen telah dilakukan sepanjang 14 hari lalu, kini mandat diserahkan kepada rakyat.

“70 hingga 80 peratus kita optimis untuk tubuhkan kerajaan negeri, diharapkan dengan peningkatan pengundi Melayu keluar.

“Kita jangka dapat memenangi 40 hingga 41 kerusi lebih dua pertiga,” jelasnya ketika ditemui media selepas mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Selayang Baru pagi Sabtu.

Dalam pada itu, Amirudin turut menyeru rakyat di Selangor agar keluar mengundi seawal yang mungkin bagi mengelak cuaca buruk pada sebelah petang nanti.

“Saya nak seru rakyat Selangor di peringkat 15 minit awal sudah ramai kena ambil kesempatan undi beramai-ramai.

Pada PRN Selangor kali ini, Amirudin berdepan saingan tiga penjuru dari calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hanif Jamaluddin dan calon bebas, Suman Gopal.

Lebih 3.74 juta pengundi Selangor akan menunaikan tanggungjawab di 6,000 saluran pengundian di 997 pusat pengundian yang dibuka jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang Sabtu.

Loading...
Terkini