PETALING JAYA: “Saya tetap UMNO”
Demikian tegas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkait dakwaan sebuah blog yang mendakwa beliau telah keluar dari UMNO.
Khairy yang juga Menteri Kesihatan berkata, dulu kini dan selamanya beliau tetap bersama UMNO.
“Saya tak suka layan berita macam ini tapi ramai mesej dan tanya.
“Saya menang Ketua Pemuda tapi tak dilantik kabinet dan di pulau tetap UMNO. Waktu kalah PRU13 dan macam-macam political persecution (penganiayaan politik) tetap UMNO.
“Saya kalah Presiden dan dipandang semacam, tetap UMNO. Kena
cari kawasan baharu pun, tetap UMNO.
Jangan risau, dulu kini selamanya,” katanya dalam hantaran ‘IG story’ hari ini.