comscore
Tumpuan :
Politik

Ketua PEJUANG Muda Malaysia letak jawatan berkuat kuasa serta-merta

PETALING JAYA: Ketua  PEJUANG Muda Malaysia, Abu Hafiz Salleh Hudin mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa, hari ini.

Abu Hafiz dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai timbangan termasuk rasa tanggungjawab terhadap prestasi parti itu pada PRU-15.

“Semoga kepimpinan baru mampu mengemudi sayap pemuda PEJUANG dengan lebih baik dan cemerlang,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan utama PEJUANG khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad kerana memberi kepercayaan kepadanya menggalas amanah berkenaan selama ini.

Pada PRU-15, PEJUANG tewas di kesemua 121 kerusi ditandingi termasuk pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad, yang hilang deposit di Langkawi.

Selain Dr Mahathir, presiden PEJUANG  yang juga anaknya, Mukhriz, dan timbalan presidennya, Marzuki Yahya, masing-masing hilang deposit di Jerlun dan Sungai Petani.

PEJUANG membentuk Gerakan Tanah Air (GTA) bersama Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman), Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), NGO, ahli akademik serta profesional.

Pada PRU-15, calon GTA bertanding menggunakan logo PEJUANG kecuali di Kelantan menggunakan logo Putra.

Loading...
Terkini