comscore
Tumpuan :
Politik

Keputusan Bubar DUN Tiga Negeri PAS Dibuat Dalam Masa Terdekat

KOTA BHARU: PAS akan membuat keputusan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri dikuasainya, Kelantan, Kedah dan Terengganu, dalam masa terdekat.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata dakwaan mengatakan PAS bersetuju untuk membubarkan DUN menerusi mesyuarat yang diadakan semalam adalah tidak benar.

“Tidak benar (pembubaran DUN di tiga negeri). Parti akan membuat keputusan berhubung perkara itu dalam masa terdekat,” katanya menerusi WhatsApp.

Media sebelum ini melaporkan, PAS memutuskan tiga negeri yang dikuasainya itu, tidak akan membubarkan DUN dalam masa terdekat.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjelaskan, keputusan itu dibuat bagi membolehkan segala usaha ditumpukan pada persiapan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka pada pertengahan November hingga Mac 2023.

Isnin lalu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa, Isnin lalu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perdana Menteri membuat pengumuman itu menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung ke seluruh negara.

Pembubaran kira-kira sembilan bulan sebelum penggal Parlimen Ke-14 berakhir pada 15 Julai 2023, sekali gus menjawab segala teka-teki serta spekulasi berlegar sejak beberapa minggu lalu mengenai PRU-15. – Berita Harian

Loading...
Terkini