Tumpuan :
Politik

Keadilan tanding 10 kerusi di Kedah, tampil 90 peratus muka baharu

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di 10 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah Ogos ini.

Pengerusi PKR Negeri, Datuk Zamri Yusuf kekal satu-satunya calon penyandang dinamakan semula bagi mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, iaitu DUN Suka Menanti.

Bendahari PKR Kedah, Teh Lean Ong dan Ketua Wanita Keadilan Kedah, Datin Sabrina Ahmad masing-masing dinamakan sebagai calon bagi kerusi DUN Kulim dan Jitra.

Mohammed Firdaus Johari dicalonkan bertanding di DUN Gurun bagi yang sebelum ini disandang oleh bapanya, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Ini sekaligus menyaksikan PKR mengambil langkah berani dengan mempertaruhkan 90 peratus calon baharu dalam senarainya bagi PRN Kedah kali ini.

Loading...
Terkini