Tumpuan :
Politik

[VIDEO] Kami tidak campur proses mahkamah – Anwar

KUALA LUMPUR: Kes mahkamah membabitkan ahli UMNO akan diteruskan walaupun Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bergabung untuk membentuk kerajaan.

Mengulas mengenai perkara itu, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata badan kehakiman sepatutnya bebas dan tidak perlu dicampuri.

“Mahkamah adalah mahkamah, badan kehakiman sepatutnya bebas jadi kami tidak akan masuk campur dengan proses badan berkenaan,” katanya kepada pemberita pada sidang media khas selepas mengadakan pertemuan dengan kepimpinan PH di Hotel Seri Pacific.

Terdahulu, Anwar turut mengadakan pertemuan dengan tujuh pemimpin BN di hotel yang sama.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita bagaimana status kes mahkamah babitkan ahli UMNO sekiranya PH bergabung dengan BN bagi membentuk kerajaan campuran.

Pengerusi PH, Anwar Ibrahim pada sidang media selepas perjumpaan ahli Parlimen PH/BN di Hotel Seri Pacific. – Foto: NSTP
Loading...
Terkini