comscore
Tumpuan :
Politik

Kami tidak berbuat keputusan yang silap dalam menyokong Kerajaan Perpaduan – Suhaili

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin & Ridhwan Rusydi Azri Roslan

KUALA LUMPUR: Enam bekas Ahli Parlimen BERSATU yang menyatakan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan tahun lalu menyifatkan ia bukan tindakan yang silap.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yang mewakili keenam-enam mereka berkata, bantuan peruntukan ahli parlimen diterima lebih awal daripada jangkaan.

“Objektif kami jelas, kami menyokong kerajaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia kerana beliau mengotakan janji beliau lebih awal daripada apa kami harapkan.

“Bantuan ahli parlimen diberikan kepada kami tepat, sama seperti ahli parlimen yang menyokong kerajaan, jadi kami tidak berbuat keputusan yang silap dalam menyokong Kerajaan Perpaduan dan MADANI,” katanya.

Mengulas mengenai kedudukan mereka dalam Dewan Rakyat, beliau berkata mereka kekal di tempat sedia ada dan jika berlaku sebarang perubahan, ianya tertakluk kepada kuasa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Katanya, mereka akan akur dengan sebarang keputusan yang dibuat oleh speaker dewan.

“Seperti yang semua sedia maklum, dalam Dewan Rakyat (tertakluk kepada) kuasa Tan Sri Speaker.

“Kalau misal kata contohnya, blok pembangkang tak nak kami duduk di kerusi kami sekarang, Speaker putuskan di mana kami harus duduk.

“Kami akur. Kalau speaker kata duduk di tempat sedia ada, kami akur, kami tidak akan berpindah,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini