comscore
Tumpuan :
Politik

Hukum pemimpin khianat

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

KOTA BHARU: Pemimpin UMNO yang mengkhianati parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mesti dikenakan tindakan sewajarnya dengan segera.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata perbuatan khianat mesti ditolak dengan tegas.

Katanya, perbuatan itu yang melemahkan struktur dan strategi parti kerana perlu memenuhi kehendak dan agenda individu.

“UMNO Kelantan juga dalam rangka menyusun gerak-kerja bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka berlaku pada bila-bila masa sahaja,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, Badan Perhubungan UMNO Kelantan juga memberi sokongan sepenuhnya kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO.

Katanya, ketetapan itu dibuat menerusi mesyuarat hari ini.

Ahmad Zahid hari ini mendedahkan 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk daripada UMNO yang menandatangani surat akuan bersumpah (SD) menyokong pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pendedahan itu dibuat Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika berucap pada sesi taklimat khas Presiden UMNO yang diadakan secara tertutup sempena Persidangan Agung UMNO 2022 di Kuala Lumpur hari ini.

Sumber pemimpin parti itu ketika ditemui memaklumkan, Ahmad Zahid memperinci kawasan diwakili Ahli Parlimen berkenaan tanpa menyebut nama mereka, dengan empat daripadanya dari Johor.

“Ahli Parlimen ini adalah mereka yang menyokong Muhyiddin ketika kemelut pembentukan kerajaan tercetus selepas PRU-15 lalu,” katanya.

Loading...
Terkini