comscore
Tumpuan :
Politik

Henti budaya bertelagah rebut jawatan – Johari

ALOR GAJAH: Pemimpin UMNO diingat menghentikan budaya bertelagah merebut jawatan dalam parti yang dilihat memberi kesan negatif kepada rakyat.

Naib Presidennya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata pertelagahan dalaman sesama pemimpin menjadi sindrom yang melemahkan parti itu.

“Sebab tu saya tekankan di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO semua peringkat sama ada di peringkat bahagian cawangan dan juga negeri, kita mesti memastikan bahawa kita melihat kepada kelemahan kita terutama antara pemimpin dengan pemimpin yang sentiasa bertelagah dan akhirnya, orang melihat kita ini, orang menyampah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Ttanah di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Datuk Seri Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, pemimpin dan ahli UMNO perlu belajar daripada sejarah panjang parti itu yang sebelum ini menjadi tunjang kepada kemerdekaan negara.

Beliau mengajak pemimpin dan ahli UMNO bermuhasabah dengan melihat kelemahan sendiri dan bukan menuding jari kepada pihak lain.

Sementara itu mengulas mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri(DUN), Nenggiri 17 Ogos ini, Johari berkata UMNO dan Barisan Nasional akan memilih calon muda.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini