Tumpuan :
Politik

GPS optimis sokongan padu di Jepak

BINTULU: Gabungan  Parti Sarawak (GPS)  berpendapat  tidak menghadapi masalah besar untuk meraih sokongan masyarakat di Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada Pilihan Raya Kecil DUN berkenaan.

Calon GPS, Iskandar Turkee berkata sokongan padu yang diberikan oleh masyarakat itu adalah hasih daripada inisiatif dan usaha yang telah dilaksanakan oleh GPS bagi penduduk di kawasan berkenaan.

 

” Di sini menunjukkan  bahawa pengundi-pengundi menyatakan sokongan padu hasil daripada apa yang  telah diterjemahkan kepada pembangunan fizikal yang  berada di DUN Jepak.

“Jadi majoriti penduduk di sini menyatakan  sokongan padu untuk GPS  supaya mencapai kemenangan mutlak  dalam PRK ini dengan Majoriti  tinggi,” katanya.

Beliau yang yang  menghadiri Program sembang Santai di Rumah Panjang Raphel Ngau, Samarakan, Bintulu, akan  meneruskan usaha untuk bertemu dengan lebih ramai masyarakat di Kawasan Jepak termasuk penduduk di kawasan rumah panjang, kampung-kampung dan Kawasan persisir di DUN berkenaan.

PRK Jepak menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon GPS dengan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan Calon  Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) Chieng Lea Phing

PRK itu yang berlansung Sabtu ini diadakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Talib Zulpilip,72, akibat komplikasi kesihatan.

DUN itu mempunyai seramai 22,804 pengundi berdaftar setakat 15 September 2023 dengan 60 peratus daripada jumlah terbabit merupakan pengundi muda.

Loading...
Terkini