comscore
Tumpuan :
Politik

Enam Ahli Parlimen BERSATU jadi wakil rakyat bebas, pro kerajaan

Oleh Ridhwan Rusydi Azri Roslan & Zulfakhri Shamsul Ariffin

KUALA LUMPUR: Enam bekas Ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang kini berstatus bebas menyatakan komitmen untuk terus berkhidmat kepada rakyat di parlimen masing-masing.

Dalam satu sidang media yang diketua Ahli Parlimen Labuan, Datuk  Suhaili Abdul Rahman, mereka berkata, tindakan menyokong Kerajaan Perpaduan tahun lalu hanya dengan satu matlamat iaitu memperoleh peruntukan ahli parlimen.

“Kami kekal taat dan setia kepada parti BERSATU, parti yang kami wakili, akan tetapi tidak diterima pucuk pimpinan.

“Kami juga jelaskan kami berenam menyokong kerajaan demi untuk peruntukan, dan kami berenam tidak mampu menjatuhkan kerajaan.

“Jadi apa salahnya dia (BERSATU) benarkan kami menyokong kerjaan demi untuk mendapatkan peruntukan kerana parti tidak mampu berikan kami peruntukan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Berita lanjut menyusul.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini