comscore
Tumpuan :
Nasional

DUN Pulau Pinang isytihar kekosongan kerusi Sungai Bakap

Choo Kiang (dua dari kanan) menyerahkan notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada Siti Nazariah (dua dari kiri) di lobi DUN Pulau Pinang, hari ini. – FOTO: NSTP

Oleh: Selwam Arjunan

GEORGE TOWN: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap secara rasminya diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu.

Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang menyerahkan notis kekosongan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) petang tadi.

Notis itu diserahkan kepada Pengarah SPR Pulau Pinang, Dr Siti Nazariah Abdul Zalim di perkarangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, pada jam 2 petang tadi.

Datuk Law berkata penyerahan notis itu merupakan prosedur ditetapkan sekiranya terdapat mana-mana kerusi DUN kosong antaranya disebabkan berlaku kematian.

“Saya bersama Setiausaha Kerajaan Negeri menyerahkan notis kekosongan kerusi Dun Sungai Bakap kepada Pengarah SPR Pulau Pinang.

“Ia selaras dengan Fasal 5 Perkara 19 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang yang memerlukan pengumuman Dun kepada SPR.

“Seterusnya Setiausaha SPR akan menjalankan tanggungjawab susulan,” katanya selepas penyerahkan notis itu.

Susulan penyerahan notis itu, SPR perlu mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari untuk mengisi kekosongan kerusi berkenaan.

Nor Zamri, 56 tahun, meninggal dunia Jumaat lepas ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya kerana mengalami keradangan perut sejak awal bulan ini.

Pada Pilihan Raya Negeri Ogos tahun lepas, Nor Zamri yang juga Yang Dipertua PAS Nibong Tebal menewaskan calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini