comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] DUN Pulau Pinang bubar esok

 

GEORGE TOWN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan dibubarkan secara rasmi esok. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika mengesahkan perkara itu berkata pihaknya sudah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Chow tiba di Seri Mutiara di sini jam 7.53 pagi tadi bagi menghadap Tun Ahmad Fuzi dan keluar pada kira-kira jam 8.33 pagi. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mohd Sayuthi Bakar.

“Saya sudah mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri untuk menandatangani pengisytiharan pembubaran (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri (PRN) yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Saya lega ini sudah berakhir dan kita sudah boleh melakukan persediaan untuk PRN,” katanya.

Chow dijadual mengadakan sidang media di pejabatnya di Komtar jam 2.30 petang ini.

DUN Pulau Pinang akan dibubarkan esok kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow selepas memperolehi perkenan daripada Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak. Foto NSTP

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN.

Selain Pulau Pinang; negeri lain yang akan mengadakan PRN termasuk Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Loading...
Terkini