comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] DUN Negeri Sembilan bubar 1 Julai – MB

SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan dibubar pada 1 Julai ini bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan tidak lama lagi.Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Terdahulu, Aminuddin dilihat tiba di Istana Hingap, di sini, jam 10 pagi untuk menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan itu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan itu ketika memasuki istana sempat menurunkan cermin kereta dan melambai tangan ke arah pengamal media yang berkumpul.

Foto fail NSTP.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU), PH mengambil alih pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan daripada Barisan Nasional (BN) selepas memenangi 20 daripada 36 kerusi DUN, manakala BN hanya memperoleh 16 kerusi.

Tempoh mandat bagi DUN Negeri Sembilan akan berakhir 30 Jun ini.

Negeri Sembilan antara enam negeri yang akan mengadakan PRN pada tahun ini selain Selangor, Terengganu, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Negeri Sembilan di Istana Hinggap, Seremban, hari ini.
Loading...
Terkini