comscore
Tumpuan :
Politik

DUN Kedah bubar hari ini

Serahan kenderaan dan harta kerajaan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Norizan Khazali

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dibubarkan hari ini, lima hari sebelum tamat tempoh penggalnya selama lima tahun, 4 Julai ini.

Langkah itu bagi memberi laluan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran diwartakan.

Pengarah SPR Kedah, Aldrina @ Mimi O.P. Andu menerima Watikah Pembubaran daripada Setiausaha Dewan Undangan Negeri Kedah, Mohamad Azlee Ahmad
Serahan kenderaan dan harta kerajaan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Norizan Khazali

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendapat perkenan pembubaran DUN itu selepas menghadap Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Ahad.

 

DUN Kedah mempunyai 36 kerusi dengan 20 daripadanya adalah milik Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (10), UMNO (2), Pejuang (2) dan kerusi kosong (2) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018.

Selari dengan pembubaran DUN hari ini, kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menyerahkan semula kenderaan rasmi dan harta kerajaan negeri.

Watikah Pembubaran DUN turut diserahkan Setiausaha Dewan Undangan Negeri Kedah kepada Pengarah Suruhanjaya Pilihanraya Negeri.

Loading...
Terkini