Tumpuan :
Politik

Dua pemain bolasepak, dua professor bakal calon PN Kedah

 

Muhammad Sanusi ketika berucap pada Himpunan Munajat Perdana di Sik malam tadi. Foto NSTP

SIK: Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan gabungan itu bakal menampilkan dua bekas pemain bola sepak serta dua ahli akademik bertaraf professor sebagai calon dalam pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos depan.

“Tuan-tuan sekalian, (pada) 12 Ogos, undilah Perikatan Nasional, telah diperkenalkan sebahagian daripada pemain-pemain baharu kita, menjelang pertukaran musim ini.

Musim kedua perpindahan (penggal baharu), kita akan ada dua professor untuk mewakili kita, player bola ada dah dua, ustaz (dan) ulama tak payah kira, (memang banyak), dan seorang panglima (akan) duduk di hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Munajat Perdana di Dewan Al Hana, di sini, malam tadi.

Sebelum ini media melaporkan bekas ketua pasukan bola sepak Kedah, Baddrol Bakhtiar yang juga Ketua Pasukan Sabah FC disebut-sebut sebagai calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun.

Terdahulu, Majlis Pengisytiharan Calon-Calon Perikatan Nasional (PN) Kedah yang dijadual berlangsung hari ini ditangguhkan kepada Rabu depan. Setiausaha PN Kedah, Musoddak Ahmad berkata penangguhan itu diputuskan oleh Majlis PN Pusat dan PN Kedah dalam mesyuarat yang diputuskan pada kelmarin (Rabu).

Katanya, perubahan tarikh berkenaan tiada kaitan dengan dakwaan terdapat perubahan calon PAS pada saat akhir susulan kes pendakwaan membabitkan Muhammad Sanusi pada Selasa lalu.

Kedah memiliki 36 kerusi DUN dengan PN menguasai 21 daripadanya sebelum DUN dibubarkan 28 Jun lalu.

Artikel berkaitan : Baddrol Bakhtiar wakil PN di PRN Kedah?

Loading...
Terkini