comscore
Tumpuan :
Politik

Dakwaan UUM tidak benarkan mahasiswa pulang mengundi adalah palsu

Oleh: Ain Shafiqah Zaki 

PETALING JAYA: Universiti Utara Malaysia (UUM) menepis dakwaan bahawa pihaknya tidak memberi ruang kepada mahasiswa untuk pulang mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pihak UUM juga bahkan menggalakkan mahasiswa yang terlibat untuk menunaikan kewajipan di negeri masing-masing.

Meskipun peperiksaan akhir di IPT itu tetap berjalan seperti biasa hari ini, ia hanya untuk pelajar yang tidak terlibat dalam PRN.

Bagi mahasiswa yang layak mengundi, mereka sudah memohon Peperiksaan Gantian yang bakal diadakan pada 17 hingga 20 Ogos ini pada sebelah malam.

Loading...
Terkini