PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sah akan dilantik menjadi Setiausaha Agung BERSATU, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU berkata, beliau sudah berbincang dari ‘hati ke hati’ dengan Ahli Dewan Undangan (ADUN) Hulu Kelang itu dan pelantikan itu dipersetujuinya.
“Saya sudah bertemu dan bincang hati ke hati, apa yang patut dibuat dan Alhamdulillah, beliau dengan rela bersetuju. Tiada isu lagi.
“Kita nak jadikan BERSATU sebagai satu parti contoh dari segi pengurusan dan pentadbiran, tiada rasuah dan buat kerja secara bersungguh-sungguh,” katanya menurut sumber akhbar tempatan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.