comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Cikgu Non tumpu pembangunan pendidikan modal insan jika menang

 

 

Oleh: Kumaran Rajamoney

BUKIT KAYU HITAM: Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kayu Hitam, Zainol Abidin Mohamad bertekad untuk meneruskan khidmat beliau dalam memperkasakan pendidikan dan pembangunan modal insan masyarakat di kawasan itu.

Berpengalaman menjadi guru dan mengajar secara sambilan selama lebih 44 tahun, beliau yang mesra disapa Cikgu Non yakin ilmu menjadi teras kepada perubahan kualiti hidup masyarakat.

“Sekiranya diizinkan Allah untuk saya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), saya akan memastikan anak-anak di Bukit Kayu Hitam ini sentiasa dimotivasi untuk mendalami ilmu.”

“Sekarang, saya masih tawarkan pengajaran secara dalam talian dan akan memperkasakan usaha ini. Saya akan meneruskan usaha ini dengan lebih tersusun dan menyeluruh,” katanya.

Tambah Cikgu Non, tumpuan beliau juga terarah kepada membantu meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat di situ, yang rata-rata bergantung kepada kebun getah.

Selain menekankan kepada pembangunan komoditi, beliau juga mencadangkan inisiatif membuat jualan prihatin melibatkan barangan asas, pada harga berpatutan.

“Saya fikirkan kalau boleh diadakan jualan beras, gula, dan bahan-bahan asas terpilih pada harga RM10. Jualan ini akan diadakan secara bergerak di lokasi yang menempatkan kumpulan masyarakat berpendapatan rendah bagi membolehkan beban kewangan mereka dapat dikurangkan.”

Yakin mempunyai kelebihan bagi memenangi kerusi DUN itu, Cikgu Non mahu memanfaatkan tempoh kempen berbaki 9 hari dengan mendekati pengundi dengan cara bersemuka, selain platform media sosial.

Loading...
Terkini