comscore
Tumpuan :
Politik

Cikgu Joohari terima kekalahan, hormati isyarat rakyat

Cikgu Joohari Ariffin ketika meninjau proses pengundian di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri pagi tadi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap. Foto NSTP

NIBONG TEBAL: Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap menghormati isyarat yang dizahirkan pengundi kawasan itu dengan menerima kekalahannya secara berlapang dada.

Bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara itu, berkata dia percaya pengundi membuat keputusan yang betul selepas menilai daripada semua sudut.

“Keputusan yang diberikan pada pilihan raya adalah isyarat rakyat bahawa ini adalah pilihan mereka.

“Kita boleh terima dengan lapang dada dan kita percaya rakyat cerdik dalam membuat keputusan, cumanya kita mengharapkan supaya rakyat yang cerdik ini menggunakan pertimbangan berdasarkan kepada bahan-bahan yang lebih menyebabkan mereka membuat keputusan yang betul, tapi saya percaya rakyat dah menilai dari semua sudut.

“Pada saya, pilihan raya kali ini adalah yang terbaik dilaksanakan dari pihak kita PH dan Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Utama Perpaduan di Sungai Bakap, di sini, malam ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan barisan kepemimpinan PKR negeri.

Terdahulu, PN berjaya mengekalkan penguasaan di DUN Sungai Bakap apabila calon mereka, Abidin Ismail menang kerusi itu dengan memperoleh 14,489 undi menewaskan pencabarnya daripada PH, Joohari yang meraih 10,222 undi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini