comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] Calon MB Kelantan, timbalan selesai – Takiyuddin

 

KOTA BHARU: Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberi bayangan Menteri Besar Kelantan yang baharu dan timbalannya adalah tidak membabitkan gabungan sedia ada.

Setiausaha Agung PAS itu berkata, Menteri Besar adalah individu berpengalaman dan semestinya dipilih daripada salah seorang EXCO sebelum ini.

“Gabungan Menteri Besar dan timbalan sebagaimana yang saya katakan sebelum ini iaitu seorang teknokrat dan agamawan.”

“Gabungan yang baharu ini tidak membabitkan gabungan sedia ada. Jadi terpulang kepada Sultan memilih calon Menteri Besar yang mana selepas senarai nama dipersembah oleh Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob,” katanya.

Takiyuddin pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat dan pertemuan khas dengan Abdul Hadi di kediaman rasmi JKR 10, Kota Bharu. – FOTO: NSTP

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa harian PAS negeri dan pusat yang turut dihadiri Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang lewat malam tadi.

Kenyataan Ahli Parlimen Kota Bharu itu turut memberi gambaran nama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah tidak tersenarai dalam calon yang akan dipersembah kepada Sultan Kelantan hari ini.

Takiyuddin pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat dan pertemuan khas dengan Abdul Hadi di kediaman rasmi JKR 10, Kota Bharu.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, soal calon Menteri Besar dan timbalannya serta barisan EXCO sudah dianggap selesai setakat ini.

“Malam ini (tadi) PAS Pusat mengadakan mesyuarat dengan pimpinan tertinggi PAS Kelantan untuk membincangkan pelantikan Menteri Besar, timbalan serta barisan EXCO.”

“Di pihak parti, parti hanya akan mengangkat nama yang dirasakan sesuai untuk Tuanku lantik dan senarai nama berkenaan akan dipersembah esok. Proses pemilihan berjalan lancar dan mendapat persetujuan pimpinan parti,” katanya.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memaklumkan beberapa senarai nama calon Menteri Besar yang baharu sudah ada dan akan dipersembahkan kepada Sultan Kelantan hari ini.

Ini kemudian akan disusuli majlis angkat sumpah Menteri Besar yang baharu itu pada jam 3 petang esok.

Loading...
Terkini