comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] Calon kerajaan perpaduan akan mencapai kemenangan, InsyaAllah – Zahid

 

Oleh: Kumaran Rajamoney

NIBONG TEBAL: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin calon Pakatan Harapan (PH), bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin berpotensi untuk memperoleh kemenangan.

Jelasnya, keyakinan itu bersandarkan kepada pendekatan yang memenuhi citarasa pengundi terutamanya dari kalangan ahli keluarga ahli UMNO.

“Kita akan memperoleh kemenangan, InsyaAllah. Ini kerana kita mempunyai lebih lima ribu pengundi di kalangan ahli UMNO di DUN ini yang meNjadi tumpuan jentera UMNO dan Barisan Nasional.”

“Bagi anak muda, program yang dilaksanakan dengan pendekatan yang sesuai dengan citarasa mereka membolehkan mereka yakin untuk mengundi Dr Joohari mewakili kerajaan perpaduan,” katanya.

Beliau juga yakin pengundi di kawasan Sungai Bakap akan bersama Kerajaan Perpaduan yang ditunjangi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kempen sekarang banyak tohmahan dan fitnah. Saya harap pengundi dapat istiqamah bersama Perdana Menteri yang lahir di Sungai Bakap ini. Seorang pemimpin dari Pulau Pinang.”

Dalam perkembangan lain, mengulas sama ada UMNO bersedia untuk menerima semula Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai parti itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri menjelaskan pintu UMNO sentiasa membuka kepada bekas ahli yang ingin kembali.

Ini susulan dari laporan berita bahawa bekas menteri Kabinet, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menolak tawaran untuk diletakkan sebagai calon oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) jika pilihan raya kecil (PRK) berlangsung di Parlimen Gua Musang atau Jeli.

Mustapa yang turut dikenali sebagai Tok Pa berkata, beliau telah meletakkan jawatan sebagai ahli dan semua jawatan dalam Bersatu pada 30 September lalu.

Ahmad Zahid terdahulu ditemui selepas menghadiri Majlis Pra Pelancaran Pra Tahfiz KEMAS Negeri Pulau Pinang dan Program Pemimpin bersama Komuniti (KEMAS) di sini, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini