Tumpuan :
Politik

[VIDEO] Calon BN perlu menang semua kerusi yang ditandingi – Zahid Hamidi

 

KUALA LUMPUR: Perwakilan UMNO diarahkan supaya bekerja keras dan memenangi semua kerusi yang dimuktamadkan kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri PRN akan datang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun UMNO menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan, parti itu tidak dominan dan itu hakikat yang harus diakui.

“Tidak ada makna kalau kita merasa kuat tapi sebenarnya keberhasilannya kurang,” katanya kepada media ketika ditemui selepas majlis Taklimat Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO di sini hari ini.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap pada majlis Taklimat Presiden UMNO – FOTO: NSTP

Tambah Datuk Seri Ahmad Zahid, ahli UMNO harus sedar bahawa pada pilihan raya umum yang lalu undi yang diterima parti itu cuma berada sekitar 23 peratus dengan jumlah kerusi dimenangi sekitar 11 peratus.

“Dua kali kita kecundang dalam pilihan raya pilihan raya umum yang ke-14 dan 15. Kita harus bangkit untuk bangkit. Kita harus perbetulkan kelemahan kelemahan kita,” katanya.

Menurut Datuk Seri Ahmad Zahid masalah yang dihadapi UMNO dalam PRU ke-14 ke-15 ialah mereka sering melayani titik-titik perbezaan.

“Kali ini kita mesti mencari titik persamaan dan kita harus bergerak ke hadapan,” jelasnya.

Tambah beliau UMNO sering dikonotasikan sebagai bekerjasama dengan DAP.

“Hakikatnya Barisan Nasional dengan Pakatan Harapan (PH), dalam BN kita ada MCA dan kita ada MIC. Dalam PH ada DAP, di situ yang kita harus lihat ialah bagaimana kebersamaan antara BN dengan PH,” katanya.

Datuk Seri Ahmad Zahid menegaskan agenda tentang Islam, Melayu, Raja Raja Melayu dan bahasa Melayu tidak pernah diusik oleh PH.

“Malah mereka menghormati itu perjuangan UMNO kerana terdapat dalam perlembagaan UMNO bahawa keempat-empat unsur ini wajib dipertahankan dan mereka bersetuju.

Saya tidak nampak ada permasalahan kononnya kita terpaksa menggadai maruah dan sebagainya sebab PAS bersama dengan DAP dah lama dah. Kenapa PAS boleh bila kita buat kononnya kita ini menggadai Islam dan Melayu,” katanya.

Loading...
Terkini