Tumpuan :
Politik

Calon BN DUN Jeram Padang terlibat kemalangan

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir dilaporkan mengalami kemalangan awal pagi tadi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki  memaklumkan nahas berlaku jam 3.25 pagi di Jalan Pasir Besar-Palong di Negeri Sembilan.

“Pemandu agak kritikal. Mohon semua dapat doakan agar keduanya kembali sembuh dengan sempurna dan diangkat segala kesakitan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab mengesahkan kejadian .

Katanya kenyataan media akan dikeluarkan kemudian, lapor Utusan Malaysia.

Mohd Zaidy akan bertembung dengan calon Perikatan Nasional S Surash pada Pilihan Raya Negeri, 12 Ogos ini.

Loading...
Terkini